Tuesday, April 4, 2017

1. BEGIN AGAIN

Assalamualaikum & Hi.

Okay, agak lama rasa biarkan blog ni bersawang. Last entry rasanya masa 2015 tu pon short entry sebab tengah emosi lolll. Fuhhh(tiup sikit dengan harapan segala sawang kat sini go away!lolll). So, aku decide nak tulis balek something dalam blog ni. Even rasa macam awkward nak menaip post ni almaklumlah lama sangat rasa tak buat karangan jenis panjang-panjang ni since makin berusia makin suka karangan pendek(Baca: malas menaip) eh?

(That's all for intro haha)

Berbalik pada title post kali ni 'Begin again', yes aku akan cuba konsisten(ceh) untuk tulis blog ni. In shaa Allah. Dengan izinNya.

"Moga-moga Syahira Ishak akan rajin menulis blog kalini"(ameen)

So, bercerita pasal life aku untuk tahun 2017 yang baru(bulan 4 dah sekarang hewhew) bermula ni, Alhamdulillah semuanya still okay dan aku masih bergelar engineering student (to be exact, 3rd year student tahun ni). Yeah setahun lagi nak habis. Tak sabar rasanya nak habis study! But, this semester ill end it with internship programme tapi still belum decide nak intern dekat company mana(Doakan ya, thx).

Tiga tahun bergelar student engineering sangatlah mencabar bagi aku. Kadang result okay, kadang result kebabom jatuh sampai nak bagitau parents pon malu apatah lagi nak share dengan kawan kawan haha(Tapi biasa aku sejenis tak share result dengan kawan kawan sebab self confidence tak berapa tinggi loll). Tu baru cerita pasal result, belum lagi cerita pasal terkejar kejar nak siapkan segala macam assignment dan lab report etc etc.

Berbalik pada tajuk(main point), "kenapa aku nak menulis balek kat dalam blog ni?" :

1. Sebab rasa sayang kat blog ni. Dah nak masuk 8 tahun since aku mula mula create blog ni masa tahun 2009, aku form2 masatu. Aku still ingat arwah cikgu Aziz yang banyak ajar aku pasal "blog" ni(Al-fatihah untuk cikgu). Lagipun, masatu aku rasa macam seronok buat blog sebab masa tu kan belum ada lagi zaman Instagram ni(ke aku je yang takde ig tahun 2009?)

2. Sebab nak bagi 'sesuatu' untuk orang lain(readers maybe kalau ada yang sudi baca lagi) or maybe untuk diri sendiri. Because I always believe, sometimes dengan tulisan kita juga(yang bermanfaat) boleh bagi benefit untuk orang lain atau pada diri kita sendiri. Mana tau kan? :)

3. Sebagai memori  di masa depan untuk diri sendiri. Maybe, one day, when times get hard for me, I can recall certain nice memory yang aku ada tulis dalam blog ni kan. Then, i can smile back. Sebab memori silam bukan untuk kita lupakan semua, kadang ada juga memori silam yang boleh memberi 'sesuatu' yang berguna bila dikenang.

Itu jelah sebab kenapa aku nak "begin again" menulis kat sini. Tak kiralah ada orang yang baca atau hanya aku yang jadi pembaca setia dalam blog aku sendiri. Tapi, apa yang pasti cerita dalam blog ni akan jadi satu memori yang mungkin akan aku kenang satu masa nanti.

Moga akan konsisten niat ni.

❤, SyahiraIshak(2017)